Pages

Tuesday, May 10, 2011

TOK GURU

Jika kita nak pergi ke Kuala Lumpur, kena cari pemandu yang tahu jalan ke Kuala Lumpur. Jika pemandu yang kita tumpang itu hanya tahu jalan setakat Gua Musang, kita tidak akan sampai ke Kuala Lumpur dan terpaksa turun menumpang kenderaan lain. Demikian juga dengan pemimpin, kita kena cari pemimpin yang tahu jalan ke akhirat. Jika hanya tahu memimpin setakat dunia, bagaimana kita mahu meneruskan jalan ke akhirat..?”


‎"Seorang yang bersolat akan memberikan salam kepada hamba-hamba Allah yang soleh di dalam tahiyyatnya. Alangkah beruntungnya hamba Allah yang soleh, sering didoakan kesejahteraan oleh jutaan manusia yang bersolat saban waktu.. indah dan hebatnya Islam. Leraikanlah kekusutan hati dengan bersolat.." 




“Bila saya mati kelak, gelaran Dato’ Bentara Setia saya sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanya Nik Aziz. Samada tun, tin ke tan semuanya tidak akan ada lagi, yang ada hanyalah pahala. Justeru, sekarang kita perlu segera jadikan amalan kerja buat kita di dunia ini menjadi pahala di sisi Allah SWT kelak…” 




Islam yang sampai kepada kita umpama air yang telah mengalir selama 1400 tahun. Jika air yang asalnya jernih, mengalir begitu lama sudah pasti dicemari dengan kelodak dan sebagainya, dan untuk membersihkannya semula memerlukan penapis. Demikian juga Islam, untuk memahami Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW memerlukan penapis yang bersih. Penapis itulah para ulama yang ikhlas mengajarkan ilmu. Semoga Allah SWT mengekalkan di bumi ini para ulama yang ikhlas membantu menegakkan agamaNya, insya-allah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search This Blog